Pemilihan AJK cabang tangga batu MELAKA
5 cabang PKR negeri bantah pengundian semula
AYER KEROH 22 Okt. – Timbalan Pengerusi PKR Negeri Melaka, Gue Teck menghalang pengundian semula calon-calon Ketua Cabang Keadilan Melaka PKR.
Gue Teck mendakwa, wakil calon ketua cabang yang bertanding dimaklumkan mengenai status keputusan yang belum dimuktamadkan lagi, sedangkan Pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bersedia mengumumkan keputusan pemilihan pada malam ini.
Katanya, berdasarkan laporan media sebelum ini, kelewatan keputusan dikaitkan dengan faktor teknikal seperti kehabisan kredit internet serta kelembapan kelajuan internet yang menghalang kesemua data undian dimasukkan ke dalam server.
“Keadaan ini telah menimbulkan masalah kerana ada sebahagian undi tidak dikira dalam keputusan semasa.
“Sudah tentu ianya menimbulkan konflik untuk menentukan kemenangan calon di peringkat cabang, mahupun pusat dengan margin berbeza berbanding sebahagian data yang sepatutnya diterima calon,” katanya.
Gue Teck berkata demikian kepada MelakaKini sewaktu sidang akhbar bersama empat lagi calon di pejabat MelakaKini dekat sini, hari ini.
Calon dimaksudkan, Dr. Ahmad Abdul Wahid (Alor Gajah), Halim Bachik (Masjid Tanah), Kapten (B) Zulkifli Othman (Jasin) dan Mohd Rafee Ibrahim (Bukit Katil).
Menurut Gue Teck, masalah teknikal ini juga telah menimbulkan keraguan dalam kelangan banyak pihak dan mengadakan pemilihan semula, bukanlah penyelesaian kepada isu yang dihadapi.
“Sudah tentu ini akan menjejaskan keadaaan ahli-ahli Keadilan di Melaka yang sudah mengundi kerana terpaksa membuang masa, tenaga dan wang yang diperuntukkan jika terpaksa mengadakan pemilihan semula.
“Malah, kemungkinan ahli-ahli juga tidak adakan turun mengundi disebabkan kecewa dengan situasi yang berlaku.
“Oleh yang demikian, kami menyarankan agar satu mesyuarat tergempar mesti diadakan melibatkan Setiausaha Agung, Jawatankuasa Pemilihan Parti, semua calon ketua cabang negeri dan juga calon wakil Timbalan Presiden.
“Ini kerana hanya melalui mesyuarat ini sajalah JPP boleh memutuskan mengenai keputusan yang diambil,” katanya.
Kredit sinar harian
Wikipedia
Search results
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELAMAT TAHUN BARU 2019 *Jawatankuasa PKR Ranting TBS* *Ketua* Dr Budeel Abdul Kudus *Timb. Ketua* En. Rezal Jantan *N...
-
Anggota parlimen Port Dikcson yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau percaya kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah ...
-
PROGRAM LUMBA BASIKAL LASAK TAMAN BERTAM SETIA MELAKA 2018. Program kelolaan KRT taman bertam setia dengan kerjasama dengan PPTBS...
-
_Kenyataan Media Rafizi Ramli_ _13 November 2018_ *JPP MESTI MEMPERBETULKAN SEGALA KELEMAHAN PEMILIHAN SUPAYA KEPUTUSAN ADA KREDIBILITI...
-
PENGENALAN Parti keadilan Rakyat. Taman bertam Setia telah diwujudkan pada hujung tahun 2017,yang mana secara rasminya ditubuhkan menjadi ...
-
https://youtu.be/W8idYAZ1NRU Puan rose lida meraih undi dari ahli pkr. Meraikan kemenangan kami pada petang itu.Team R20T MENANG de...
-
PILIHANRAYA KECIL PORT DICKSON.(THE ROAD FOR DSAI TO PARLIMEN) Our next prime minister... Beberpa ah...






No comments:
Post a Comment