Wikipedia

Search results

Tuesday, November 13, 2018

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA

Biro Politik KEADILAN telah bermesyuarat malam ini dan membincangkan beberapa isu termasuk isu Pemilihan KEADILAN.

Biro Politik KEADILAN mengambil pendirian untuk menerima keputusan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bagi Cabang Julau, Pensiangan dan Tawau. Kongres AMK, Wanita dan Pusat akan diteruskan pada 16 ke 18 November 2018 seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

Pada masa yang sama, parti akan beri kerjasama penuh kepada mana-mana agensi penguatkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat siasatan berkaitan pemilihan parti.

Biro Politik KEADILAN telah mengarahkan JPP untuk segera menyelesaikan isu undi ragu bagi Cabang-Cabang yang berkaitan, dengan memanggil wakil kedua-dua calon Timbalan Presiden untuk memerhati proses tersebut.

Berkaitan isu ‘undi hilang’ yang dibangkitkan sdr Akmal Nasir serta rakan-rakan dalam satu sidang media petang tadi, Biro Politik KEADILAN mengarah syarikat Baker Tilly yang mengesahkan integriti sistem pemilihan untuk menyiasat dan memberikan maklumbalas pada kadar segera.

Parti juga akan mengumumkan pelantikan sebuah syarikat pengauditan dalam masa terdekat untuk melakukan audit bebas terhadap keseluruhan proses pemilihan.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

13 November 2018

PC TENTANG PEMILIHAN PKR 2018


KENYATAAN MEDIA

_Kenyataan Media Rafizi Ramli_
_13 November 2018_
*JPP MESTI MEMPERBETULKAN SEGALA KELEMAHAN PEMILIHAN SUPAYA KEPUTUSAN ADA KREDIBILITI*


Saya dipanjangkan satu kenyataan media yang dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dato’ Rashid Din pagi ini.

Kenyataan JPP itu mengumumkan keputusan JPP mengenai beberapa isu yang menimbulkan keraguan anggota parti mengenai ketelusan dan kredibiliti proses pemilihan, iaitu:

1. Pengesahan JPP sendiri pada hari Sabtu lalu (10 November 2018) bahawa tablet yang digunakan untuk pengundian di Cabang Julau telah dicerobohi pada jam 4 pagi hari itu dan aplikasi “Prey” (yang tidak sepatutnya ada di dalam tablet) telah dikesan. 

2. Ada data yang bercampur aduk dengan pengundian di cabang lain dari minggu-minggu sebelumnya, lalu menyebabkan keputusan di Cabang Pensiangan dan Cabang Tawau mempunyai masalah data. JPP sendiri mengakui bahawa ini berpunca dari kegagalan JPP sendiri untuk mengemaskini aplikasi e-undi ke versi terkini (ver8.0(34)). 

3. Undi ragu hanya akan dikira bagi cabang-cabang terpilih di peringkat cabang sahaja, sedangkan ada sekurang-kurangnya 5,000 undi ragu di seluruh negara yang belum dikira. 

Ketiga-tiga keputusan JPP itu memangsakan ratusan ribu anggota KEADILAN yang bersusah payah keluar mengundi sedangkan ketiga-tiga masalah itu berpunca dari kelemahan JPP sendiri:

i. Individu yang ditangkap sedang memadamkan aplikasi “Prey” dari beberapa tablet di Cabang Julau adalah Alvin Teoh, Ketua Unit IT JPP yang diketahui umum penyokong kuat saingan saya Saudara Azmin Ali. Ada rakaman video yang jelas beliau bergerak dari satu tablet ke tablet yang lain untuk memadamkan aplikasi “Prey” sebelum ditangkap. Malah, ada juga rakaman video yang menunjukkan telefon beliau juga mempunyai aplikasi “Prey”. Semua bukti ini telah diserahkan kepada pihak polis yang menyiasat kes ini. 

ii. JPP cuai sehingga tablet-tablet dicerobohi dan membolehkan beberapa tablet dipasang dengan aplikasi “Prey” tanpa pengetahuan dan spesifikasi dari pembangun aplikasi. Ketua Unit IT JPP yang turut sama bertanggungjawab memastikan tablet-tablet ini selamat dan bebas dari digodam adalah Alvin Teoh, yang sudah pasti telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya apabila tablet-tablet ini dicerobohi pada jam 4 pagi seperti yang diakui oleh JPP sendiri.

iii. Pengerusi JPP sendiri mengakui bahawa kewibawaan data (“data integrity”) bagi pemilihan di Cabang Julau sudah terjejas dan membuat keputusan menggantung keputusannya akibat cubaan menggodam sistem e-voting, seperti laporan media yang jelas memetik keterangan Dato’ Rashid Din sendiri (rujuk laporan Berita Harian https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/11/496797/serangan-sistem-e-undi-perbuatan-terancang-jpp):

Serangan sistem e-undi perbuatan terancang - JPP
Oleh Fahmy Azril Rosli
cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mendakwa sistem e-undi pusat pemilihan di Julau, Sarawak yang gagal berfungsi adalah perbuatan terancang pihak tidak bertanggungjawab.

Pengerusinya, Datuk Rashid Din, berkata perisian yang ‘menyerang’ sistem dan tujuh tablet e-undi sama seperti yang digunakan JPP pada pemilihan ini tetapi jenamanya berbeza.

Beliau tidak menolak perisian yang dimuat turun dalam tablet berkenaan boleh dikawal dari jauh yang mungkin berada di luar negara, namun masalah itu sedang disiasat pihaknya.

“Aplikasi itu semua orang boleh muat turun. Ia adalah aplikasi keselamatan. Kita (JPP) pun pakai tetapi kita pakai (guna) jenama lain. Kita pun guna untuk lindungi data dalam tablet.

“Kalau anda ada aplikasi dalam peranti, kita boleh kawal semua tablet berkenaan (disediakan dalam pemilihan). Kalau tablet itu hilang atau dicuri, kita boleh ‘bersihkan’ semua data dalam peranti berkenaan.

“Pusat kawalan boleh kawal di mana-mana, (jejak) muat turun di mana, atau (boleh tahu) duduk di mana London atau Sydney. Ini kira macam terancang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

*Sebab itu, keputusan JPP dalam kenyataan pagi ini bahawa kejadian tablet dicerobohi dan sistem e-voting digodam di Cabang Julau, tidak mempunyai apa-apa kesan kepada kewibawaan data (“data integrity”) adalah tidak masuk akal.*

*Ia adalah kenyataan yang 100% bertentangan dengan kenyataan awal yang dikeluarkan oleh JPP sendiri.*

*Kenyataan dan keputusan yang bertukar-tukar ini menyebabkan anggota parti semakin hilang keyakinan dengan kredibiliti keseluruhan proses pemilihan dan keputusannya.*

Saya tidak begitu kisah dengan keputusan pemilihan kerana ia satu proses dalaman, tetapi pengendalian pemilihan perlulah dibuat dengan setelus mungkin supaya anggota-anggota parti boleh menerima sepenuhnya keputusan.

Sepanjang pengendalian pemilihan, JPP bukan sahaja gagal menguruskan operasi dengan baik (yang dipertanggungjawabkan kepada Azman Hendra, Timbalan Pengerusi JPP dan Ismail Yusof, Setiausaha JPP) sehingga berlaku masalah-masalah yang disebutkan di atas, malah JPP juga gagal untuk menerangkan perkara-perkara yang diputar belitkan. 

Contohnya, kontroversi mengenai keanggotaan di Cabang Julau telah dijadikan bahan mainan politik sehingga mencemarkan nama baik parti sedangkan fakta-faktanya telah dipersetujui berkali-kali di dalam Biro Politik dan turut melibatkan kehadiran JPP sendiri, iaitu:

i. Pimpinan yang bertanggungjawab menguruskan kemasukan YB Larry Sng ke dalam KEADILAN adalah Saudara Azmin Ali dan rakan-rakan beliau sendiri

ii. Pimpinan yang mengumumkan kemasukan YB Larry Sng ke dalam KEADILAN adalah Saudari Zuraida Kamaruddin

iii. Pimpinan yang bertegas mahukan permohonan keanggotaan diterima dengan menggunakan “thumb-drive” tanpa menggunakan sistem keanggotaan atas talian adalah Saudari Zuraida Kamaruddin

iv. Ada banyak lagi cabang-cabang yang tidak mengisi borang keanggotaan (baik borang kertas atau atas talian) dan keanggotaan baru hanya dihantar melalui “thumb-drive”, termasuklah dari Cabang Batu (yang dibawa oleh Saudara Tian Chua) dan Cabang Kudat (yang dibawa oleh Saudari Zuraida Kamaruddin)

v. Jawatankuasa Keanggotaan yang telah menyemak dan meluluskan kembali semua permohonan keanggotaan ini (termasuk dari Cabang Julau yang kemudiannya mereka persoalkan apabila Cabang Julau memilih untuk tidak menyokong mereka) diketuai oleh Saudara Xavier Jeyakumar, orang kanan kepada Saudara Azmin

vi. JPP sendiri telah menyemak borang-borang keanggotaan dari Cabang Julau dan mendapati setakat semakan (satu dari tiga kotak borang keanggotaan), lebih 6,000 permohonan dari 13,000 permohonan mempunyai borang yang sah

vii. JPP sendiri mengakui bahawa sehingga kini, keanggotaan melalui “thumb-drive” yang dibawa oleh Saudara Tian Chua dan Saudari Zuraida masih belum disertakan dengan borang permohonan yang sah

viii. Permohonan keanggotaan Cabang Julau telah dihantar ke ibu pejabat KEADILAN sejak awal Jun 2018 lagi, tetapi disebabkan sistem yang tidak dapat menangani kemasukan terlalu ramai anggota dan ketiadaan kakitangan untuk memasukkan setiap permohonan ke dalam sistem, ada tunggakan borang-borang yang akhirnya dimasukkan sekaligus. Ini memberikan gambaran keseluruhan 13,000 anggota dari cabang Julau masuk pada satu hari, sedangkan hakikatnya ia berlaku kepada 43,000 permohonan dari seluruh negara (termasuk cabang-cabang yang rapat dengan Saudara Azmin) akibat lambakan permohonan yang dihantar sejak 9 Mei 2018

Apabila ada pihak-pihak yang secara berterusan memberi tumpuan kononnya ada penipuan di Julau tetapi tidak pula menimbulkan isu yang sama mengenai keanggotaan Cabang Batu atau Cabang Kudat (atau cabang-cabang lain yang rapat dengan Saudara Azmin), ia boleh diperbetulkan dengan mudah oleh JPP untuk memastikan anggota yakin dengan ketelusan proses pemilihan kali ini.

Sudah tentu saya berpendapat keputusan-keputusan JPP pada hari ini adalah tidak adil kepada saya dan rakan-rakan lain serta anggota parti keseluruhannya.

Apabila masalah data di Cabang Pensiangan diselesaikan, dijangkakan saya hanya ketinggalan sekitar 2,000 undi di belakang Saudara Azmin. Pengundian semula di Cabang Julau (kerana pengundian yang lepas telah hilang wibawa apabila tablet dicerobohi) akan memberi kelebihan secara keseluruhan kepada saya jika jumlah pengundi yang keluar melebihi 2,000 orang.

Saya tahu JPP didesak untuk tidak meneruskan dengan pengundian semula, walaupun sebelum itu JPP sendiri yang mengakui sistem e-voting di Julau telah digodam dan tablet-tablet telah dicerobohi.

Saya yakin perkara-perkara ini akan dibincangkan di Biro Politik malam ini yang perlu mempertimbangkan:

1. Dengan keputusan pemilihan yang begitu sengit (*jika pemilihan di Julau tidak diteruskan dan data pengundian yang telah digodam digunakan, Saudara Azmin dijangka menang dengan kelebihan ~1,500 undi dari sekitar 140,000 anggota yang mengundi, iaitu margin ~1% sahaja*), adakah adil dan telus menggunakan data yang digodam di Julau sedangkan pengundian semula boleh menghilangkan persoalan itu?

2. Sesiapa pun yang menang dengan kelebihan margin ~1% sahaja dengan berlatar belakangkan pelbagai masalah proses pengundian setakat ini (seperti dihurai di atas), akan mengundang pelbagai persoalan mengenai keabsahan (“legitimacy”) barisan kepimpinan KEADILAN bagi penggal akan datang;

3. JPP tidak boleh mencuci tangan mengenai segala masalah data (termasuk data yang hilang dengan banyak di Cabang Pensiangan) dan perlu menyelesaikannya dengan segera;

4. JPP tidak boleh menolak kesemua undi ragu seperti yang diumumkan dan membuka setiap undi ragu kerana jumlahnya yang banyak (dianggarkan melebihi 5,000 di seluruh negara) boleh mempengaruhi keputusan pemilihan;

5. Jika alasan JPP bahawa undi ragu hanya diteliti bagi cabang-cabang yang keputusannya sengit (melibatkan margin yang kecil), bagaimana pula dengan keputusan Timbalan Presiden dan MPP yang keputusannya hanya berbeza sekitar 1%? 

6. Satu tindakan keras di dalam parti perlu diambil terhadap Alvin Teoh atas segala kelalaian dan kelemahan beliau sebagai Ketua Unit IT JPP sehingga menimbulkan keraguan terhadap sistem e-voting dan keputusan pemilihan 2018, sementara kes ini disiasat sepenuhnya oleh pihak berkuasa; dan

7. JPP perlu meminta maaf kepada kesemua anggota KEADILAN atas semua kelalaian dan kelemahan yang mengundang pelbagai kontroversi dalam pemilihan 2018 ini.

Sebagai aktivis parti yang sayangkan parti, mewakili ribuan lagi pimpinan dan aktivis parti yang lain, saya percaya kami boleh menerima segala keputusan pemilihan, asalkan ia dikendalikan dengan adil dan saksama mengambil kira perkara-perkara di atas.


*RAFIZI RAMLI*
_NAIB PRESIDEN KEADILAN_

Pemilihan kedua parti keadilan rakyat cabang tangga batu melaka 11/11/2018 japerun sg idang melaka

https://youtu.be/W8idYAZ1NRU

 Puan rose lida meraih undi dari ahli pkr.
 Meraikan kemenangan kami pada petang itu.Team R20T MENANG dengan majoriti terkumpul dari kiraan pemilihan pertama di stadium hang jebat.




 YB Gue Teck timbalan presiden PKR Negeri Melaka.




 Gambar mesyuarat ketua ketua ranting sebelum pemilihan di sg udang.dihadiri lebih dari 50 ranting sekitar tangga batu.


SEKITAR PEMILIHAN PARTI KEADILAN BAGI PARLIMEN TANGGA BATU 20/10/2018 stadium.hang jebat melaka -

Pemilihan AJK cabang tangga batu MELAKA 




 5 cabang PKR negeri bantah pengundian semula

AYER KEROH 22 Okt. – Timbalan Pengerusi PKR Negeri Melaka, Gue Teck menghalang pengundian semula calon-calon Ketua Cabang Keadilan Melaka PKR.

Gue Teck mendakwa, wakil calon ketua cabang yang bertanding dimaklumkan mengenai status keputusan yang belum dimuktamadkan lagi, sedangkan Pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bersedia mengumumkan keputusan pemilihan pada malam ini.

Katanya, berdasarkan laporan media sebelum ini, kelewatan keputusan dikaitkan dengan faktor teknikal seperti kehabisan kredit internet serta kelembapan kelajuan internet yang menghalang kesemua data undian dimasukkan ke dalam server.

“Keadaan ini telah menimbulkan masalah kerana ada sebahagian undi tidak dikira dalam keputusan semasa.

“Sudah tentu ianya menimbulkan konflik untuk menentukan kemenangan calon di peringkat cabang, mahupun pusat dengan margin berbeza berbanding sebahagian data yang sepatutnya diterima calon,” katanya.

Gue Teck berkata demikian kepada MelakaKini sewaktu sidang akhbar bersama empat lagi calon di pejabat MelakaKini dekat sini, hari ini.

Calon dimaksudkan, Dr. Ahmad Abdul Wahid (Alor Gajah), Halim Bachik (Masjid Tanah), Kapten (B) Zulkifli Othman (Jasin) dan Mohd Rafee Ibrahim (Bukit Katil).

Menurut Gue Teck, masalah teknikal ini juga telah menimbulkan keraguan dalam kelangan banyak pihak dan mengadakan pemilihan semula, bukanlah penyelesaian kepada isu yang dihadapi.

“Sudah tentu ini akan menjejaskan keadaaan ahli-ahli Keadilan di Melaka yang sudah mengundi kerana terpaksa membuang masa, tenaga dan wang yang diperuntukkan jika terpaksa mengadakan pemilihan semula.

“Malah, kemungkinan ahli-ahli juga tidak adakan turun mengundi disebabkan kecewa dengan situasi yang berlaku.

“Oleh yang demikian, kami menyarankan agar satu mesyuarat tergempar mesti diadakan melibatkan Setiausaha Agung, Jawatankuasa Pemilihan Parti, semua calon ketua cabang negeri dan juga calon wakil Timbalan Presiden.

“Ini kerana hanya melalui mesyuarat ini sajalah JPP boleh memutuskan mengenai keputusan yang diambil,” katanya.

Kredit sinar harian

Sunday, November 4, 2018

LAGU RASMI KEADILAN MALAYSIA


LAGU RASMI PARTI KEADILAN RAKYAT MALAYSIA.

REFORMASI...REFORMASI...REFORMASI...

ULASAN KAMI TENTANG SITUASI KERAJAAN PH SEKARANG.

Anggota parlimen Port Dikcson yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau percaya kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah berusaha menangani pelbagai masalah berhubung pembaharuan institusi.
Anwar berkata demikian ketika HARAPAN kini sedang dikritik berhubung berhubung beberapa janji dalam manifesto pilihan raya yang dilihat tidak dapat ditunaikan.
Jelas Anwar, manifesto HARAPAN didraf dengan pertimbangan mendalam meskipun beberapa janji yang dimasukkan pernah dibuat di era Pakatan Rakyat.
“Kita sudah pertimbangkan kebanyakan isu-isu ini dan bincangkan dengan terperinci.
“Saya turut membantu ketika saya berada di dalam penjara,” kata Anwar ketika diminta mengulas berhubung kritikan terhadap kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak bersetuju dengan penghapusan tol.
“Realiti menuntut kita melihat semula dan mengambil kira situasi semasa,” katanya.
Presiden PKR itu juga berkata adalah “tidak tepat” apabila mengatakan rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan kerana mereka boleh melihat perkembangan yang telah dilakukan dalam perkara lain yang disentuh dalam manifesto HARAPAN.
“Apa isu-isu utama? Isu tadbir urus, isu antirasuah, penyalahgunaan kuasa.
“Itu bagi saya adalah isu-isu yang kerajaan perlu tegakkan,” katanya.
Diminta mengulas tentang pembentangan belanjawan pertama HARAPAN, Anwar mengakui cabaran yang dihadapi Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam situasi ekonomi ketika ini.
“Sudah tentu dia (Lim) prihatin dengan kebimbangan rakyat, dan itu yang paling penting bagi saya.
“Saya sudah dengar perbincangannya, bagaimana dia beri perhatian sepenuhnya tentang kebimbangan-kebimbangan itu, masalah ekonomi yang dihadapi rakyat,” katanya.
Pada masa yang sama, tambah Anwar, Lim dan kerajaan perlu berdepan dengan situasi dan kekangan ekonomi semasa dalam mendraf Belanjawan 2019.
Lim sebelum ini memberi gambaran bahawa kerajaan akan berdepan cabaran besar dalam mendraf Belanjawan 2019 kerana kini sedang cuba menangani kekangan kewangan.
PILIHANRAYA KECIL PORT DICKSON.(THE ROAD FOR DSAI TO PARLIMEN)
Our next prime minister...














Beberpa ahli kita terlibat dengan jentera pilihanraya port dicson.tahniah diucapkan kepada DATO SRI ANUAR IBRAHIM dan para jentera atas kemenangan besar PAKATAN HARAPAN di PORT DICKSON dari kami RANTING BERTAM SETIA...REFORMASI!!!///
PROGRAM LUMBA BASIKAL LASAK TAMAN BERTAM SETIA MELAKA 2018.


Program kelolaan KRT taman bertam setia dengan kerjasama dengan PPTBS,Ranting PKR TBS,kelab basikal saka tebu melaka dan Parlimen Tangga Batu.

Kehadiran peserta hampir 300 orang dan mendapat sokongan dari penduduk sekitar taman bertam setia.Dirasmikan perlepasannya oleh YB Prof Rusnah Aluai,Ahli Parlimen tangga batu Melaka.Terima kasih diucapkan kepada pada mereka yang terlibat dan Parlimen tangga batu atas sumbangan program sebanyak RM500.

Tahniah saudara Rezal Jantan (timb pengerusi Ranting PKR bertam setia) dan En Nik zulkifli (ajk ranting) atas usaha dan inisiatif beliau terhadap program ini.



PROGRAM ROMBONGAN KE DEWAN PARLIMEN (P136 TANGGA BATU)
2018
Ahli ranting yang turut serta
1)En palino
2)Mr budeel
3)en Eddie
4)mr Tan
5)cik Puan Ida
6)Puan Juliana
7)en razak




SENARAI AHLIJAWATANKUASA PENAJA RANTING BERTAM SETIA

Pengerusi :  En cikgu Alias
Timbalan Pengerusi: En Rezal Jantan
Naib pengerusi :

Setiausaha :mr Budeel
Penolong setiausaha 1:
Penolong setiausaha 2:

Bendahari 1 : Mr Eric Tan
Bendahari 2 : Mr jega Pilay
Bendahari 3 :

Ketua AMK : En Herman
Timb ketua :
Naib ketua :.

Ketua WANITA : Cik Puan Rose Lida
Timbalan ketua:

Ketua Biro Penerangan :En Eddie
Timbalan ketua : En Nik Zulkfli

*Ink adalah AJK sementara sahaja sehingga ditetapkan perlantikan baru calon yg akan ditandingkan pada bulan november 2018 nanti.harap maklum.

Kredit : BIRO PENERANGAN RTBS

PENGENALAN
Parti keadilan Rakyat.
Taman bertam Setia telah diwujudkan pada hujung tahun 2017,yang mana secara rasminya ditubuhkan menjadi RANTING PKR TAMAN BERTAM SETIA pada 18 julai 2018.

Penyertaan pertama Ranting ini adalah seramai lebih kurang 62 orang dari penduduk taman bertam setia.

Majlis perasmian ranting yg telah diadakan dihadiri hampir 200 orang penduduk taman bertam setia.Satu sambutan yang diluar jangkaan oleh pihak penaja PKR bertam setia.

Majlis yang telah dirasmikan oleh timbalan pengerusi KEADILAN negeri Melaka YB Gue Teck (ADUN KLEBANG) dan juga turut dihadiri oleh beberapa pegawai khas Ahli Parlimen tangga batu YB PROF Rusnah binti Aluai iaitu Tuan Haji Rahizan,Mr Teh dan Dato Mohamed bin Badsha.

Pada majlis itu juga turut dilancar  tabung derma untuk pergerakan ranting yang mana berjaya mengutip ssebanyak RM362.00.

Beberapa birang penyertaan ahli baru juga telah berjaya dikutip pada malam itu.

Pada malam itu kiga diumumkan tentang minit mesyuarat dan aktiviti pencalonan dan pemilihan bagi ranting bertam setia yang akan diadakan bagi emnggantikan AJK penaja sedia ada.

Kr





SELAMAT TAHUN BARU 2019 *Jawatankuasa PKR Ranting TBS* *Ketua* Dr Budeel Abdul Kudus *Timb. Ketua* En. Rezal Jantan *N...