Wikipedia

Search results

Tuesday, November 13, 2018

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA

Biro Politik KEADILAN telah bermesyuarat malam ini dan membincangkan beberapa isu termasuk isu Pemilihan KEADILAN.

Biro Politik KEADILAN mengambil pendirian untuk menerima keputusan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bagi Cabang Julau, Pensiangan dan Tawau. Kongres AMK, Wanita dan Pusat akan diteruskan pada 16 ke 18 November 2018 seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

Pada masa yang sama, parti akan beri kerjasama penuh kepada mana-mana agensi penguatkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat siasatan berkaitan pemilihan parti.

Biro Politik KEADILAN telah mengarahkan JPP untuk segera menyelesaikan isu undi ragu bagi Cabang-Cabang yang berkaitan, dengan memanggil wakil kedua-dua calon Timbalan Presiden untuk memerhati proses tersebut.

Berkaitan isu ‘undi hilang’ yang dibangkitkan sdr Akmal Nasir serta rakan-rakan dalam satu sidang media petang tadi, Biro Politik KEADILAN mengarah syarikat Baker Tilly yang mengesahkan integriti sistem pemilihan untuk menyiasat dan memberikan maklumbalas pada kadar segera.

Parti juga akan mengumumkan pelantikan sebuah syarikat pengauditan dalam masa terdekat untuk melakukan audit bebas terhadap keseluruhan proses pemilihan.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

13 November 2018

No comments:

Post a Comment

SELAMAT TAHUN BARU 2019 *Jawatankuasa PKR Ranting TBS* *Ketua* Dr Budeel Abdul Kudus *Timb. Ketua* En. Rezal Jantan *N...